PERMATA BERSINAR

Cetak

Doa Al- Mathurat ialah koleksi doa yang diambil dari al-Quran dan juga menjadi amalan zikir Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Ia disusun oleh Imam Syed Hassan Al-Banna.Naskah ini perlu diamalkan oleh setiap kaum muslimin pada waktu pagi dan petang untuk mendapat kebaikan yang dijanjikan. Terdapat banyak kelebihan daripada mengamalkan zikir ini.

Firman Allah:

(Al-Ankabut:45)

"Bacalah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab, dan dirikan solat kerana sesungguhnya solat itu dapat menghalangi manusia daripada keburukan dan kemungkaran dan sesungguhnya mengingati Allah (berzikir) lebih besar, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan"

(Al-Baqarah: 152)

"Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu"

(Ar-Ra'ad:28)

"Orang-orang yang beriman adan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati, hati menjadi tenteram."

(Al-Ahzab:35)

"Lelaki dan perempuan yang bnyak menyebut nama Allah (berzikir), Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan pahala yang besar"

(As-Shaffat: 142-144)

"Maka Yunus ditelan oleh ikan yang besar. Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk ornag-orang banyak mengingati Allah, nescaya ia kan tetap tinggal dalam perut ikan itu hingga hari kebangkitan."

Riwayat Bukhari dan Muslim:

"Dua kalimah yang tercinta kepada Tuhan Yang Pemurah, ringan diucapkan pada lidah, berat dalam timbangan iaitu: Subhanallah Wabihamdihi, Subhanallahil Azim."