Kenapa Diciptakan Neraka?

Cetak

Orang-orang Jahiliah mengakui bahawa mereka berdosa namun mereka menganggap dosa-dosa itu kecil sahaja dan dan bukan penghalang untuk meraih syurga. Walaupun masih sempat untuk bertaubat dan mengubah jalan hidup yang ditempuh selama ini, mereka tidak mungkin mahu meninggalkan sikapnya itu.

Keadaan sedemikian berlaku akibat jahilnya pemahaman mereka mengenai neraka. Neraka adalah tempat tinggal untuk mereka untuk selama-lamanya, diciptakan khusus untuk memberi rasa ke atas jasmani dan rohani manusia. Ini semata-mata kerana orang kafir itu melakukan kesalahan yang sangat besar dan keadilan menuntut hukuman bagi mereka.

Tidak bersyukur dan menentang Penciptanya, Zat yang telah memberikan nyawa kepada manusia, adalah satu kesalahan yang terbesar. Dengan demikian di akhirat kelak akan ada azab yang pedih bagi dosa yang sangat berat ini. Inilah tujuan diciptakan neraka, dimana mereka yang ingkar akan ditempatkan untuk selama-lamanya.